RTM Miri yang dibina dengan harga berjumlah RM 2.8 Juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B. Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 2 September 1975. Kedudukan RTM Miri yang terletak di atas bukit dan menghala ke Laut Cina Selatan menghasilkan suatu pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan. Pemandangan yang cukup indah ini diserikan lagi dengan siapnya Marina Bay kelak yang menjadi lambang Bandaraya Miri Bandaraya Peranginan.

RTM Miri mula dibina pada awal tahun 1972 dan telah siap pembinaannya dua tahun kemudian. Kerja-kerja pemasangan alat-alat siaran dan teknikal walaupun rumit, telah dapat dilaksanakan mengikut jadual,berkat pengalaman dan kesungguhan yang dimiliki oleh pegawai-pegawai RTM Sarawak.. RTM Miri adalah stesen kawasan ketiga selepas Stesen RTM Limbang (1971) dan Stesen RTM Sibu (1974).

Stesen ini mempunyai dua bangunan berasingan – Bangunan Penyiaran dan Bangunan Stesen Pemancar. RTM Miri menyiarkan siaran tempatannya 6 jam sehari iaitu dari pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam dalam empat perkhidmatan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Kayan, Bahasa Iban dan Bahasa Kenyah menerusi saluran Mirifm.

VISI

Memenangi hati dan permikran rakyat melalui perkhidmatan radio, TV dan media baharu.

MISI

Membina masyarakat bermaklumat melalui perkhidmatan radio, TV dan media baharu.

Memastikan RTM diyakini dan menjadi media pilihan uama

Membangunkan kandungan yang berkualiti , kreatif dan inovatif

Memanfaatkan pembangunan infrastruktur penyiaran untuk liputan yang meluas dengan teknologi terkini

OBJEKTIF

Menyebar luas maklumat melalui pelbagai platform siaran

Memangkin pembangunan industri kandungan kreatif negara

Mendukung warisan dan budaya bangsa Malaysia

Memperluas jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam dan luar negara