Galeri Gambar Aktiviti & Program

SEHATI @RTM (NGEPJI ITAM & PEMUNG KEJAIE
RTM MIRI dan RTM KUCHING akan menganjurkan Fiesta Sehati @ RTM #NgepjiitamPemungkejaie bertempat di Dewan SJK (c) Tee Kee, Long Lama pada 2 dan 3 Mac 2018. Pelbagai program akan diadakan pada 2 hari tersebut
diantaranya adalah Senamrobik, Pertandingan “Pekit Lombak Asen” , Pertandikan mewarna untuk kanak kanak dan orang tua, Ceramah dan Pameran daripada Agensi Agensi Kerajaan, Tidak kurang hebatnya juga , turut diadakan Pertandingan“ Highlands Country Music”, Konsert Selebriti RTM
bersama dj dj MIRIfm, SARAWAKfm dan WAIfm (Bunyau dan Bujap) serta Konsert Fiesta Sehati @RTM menampilkan Penyanyi Sensasi seperti Eyqa, Urai, Bobby Laing, Nai Dinamik, Eddie Kuwing, Jolly Jengan, Florence Bulan, Desmond Yap dan Rickie Andrewson.
Disamping itu juga, Mini Studio dan Lintas Langsung Selamat Pagi Malaysia di TV1 akan bersiaran dari tapak Fiesta. Pejabat Residen Miri juga turut membuka CTC Mobile Boat yang mana selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Datang lah beramai ramai untuk memeriahkan lagi Fiesta Sehati @ RTM #NgepjiitamPemungkejaie bertempat di Dewan SJK (c) Tee Kee, Long Lama pada 2 dan 3 Mac 2018. Jumpa Anda Disana!!!